suria

BPR siasat elaun pegawai kanan PKNS

SHAH ALAM: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat kewajaran pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerima elaun untuk menandatangani perjanjian Jual Beli (S&P) dengan syarikat pemaju yang mengadakan usahasama dengan perbadanan itu.

Menurut sumber, perkara ini dikatakan menjadi amalan dalam PKNS dan BPR akan melihatnya daripada sudut perundangan, sama ada ia dibolehkan atau sebaliknya kerana semua pegawai PKNS dibayar gaji oleh perbadanan itu.

Sumber itu juga mengesahkan bahawa Pemangku Pengurus Besar PKNS Low Siew Moi dipanggil ke pejabat badan itu di sini petang ini bagi keterangan mengenai isu tersebut.

Low yang sebelum ini Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS telah dilantik oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi memangku jawatan Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi menggantikan Datuk Harun Salim yang bersara hujung bulan lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain