suria

APMM rampas 26 bot nelayan asing di perairan Terengganu

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) merampas 26 buah bot nelayan asing di perairan Terengganu setakat ini tahun ini, yang 21 bot adalah milik nelayan Vietnam dan sebelihnya milik nelayan Thailand, kata Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuala Terengganu, Komander Syed Fuzi Syed Hasan.

"Rampasan bot nelayan asing tahun ini lebih besar berbanding 16 buah pada tahun lepas," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam tempoh tersebut, beliau berkata jumlah nelayan asing yang ditahan ialah seramai 262 orang dan 41 daripadanya di bawah umur.

Ada antara mereka yang telah dihantar pulang ke negara masingmasing dan ada yang masih menjalani hukuman penjara di sini, katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sehingga kini pihaknya masih belum menemui seorang pemandu lori yang dilaporkan keluar memancing ikan seorang diri di perairan Dungun pada 6 pagi semalam.

Katanya lelaki tersebut dikenali sebagai Kamarudin Sulong, 50, dari Kampung Tanah Lot Pantai, Dungun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain