suria

Anwar ucap tahniah Raja Petra bebas ISA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau gembira dan berpuas hati kerana mahkamah mempunyai keberanian untuk menghormati undang-undang.

Kenyataannya itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

"Kita tidak akan bertoleransi dengan apa jua penyalahgunaan terhadap ISA seperti yang kita lihat sebelum ini," katanya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.

Raja Petra dibebaskan secara rasmi kira-kira pukul 3.20 petang tadi setelah mahkamah membenarkan permohonan habeas corpusnya.

Dalam pada itu Anwar juga turut mengucapkan tahniah di atas pembebasan Raja Petra.

"Saya sudah bercakap dengan beliau (Raja Petra) dan saya ucapkan tahniah.

"Rakyat Malaysia juga gembira dan bangga dengan keputusan mahkamah itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain