suria

Anak migran Israel terima tawaran Obama jadi Ketua Staf White House

WASHINGTON: Anggota Dewan Perundangan Demokrat dari Illinois, Rahm Emanuel, migran dari Israel yang merupakan seorang Yahudi Amerika telah menerima tawaran Barack Obama yang baru dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk berkhidmat sebagai Ketua Staf di White House.

Menurut Fox News, Emanuel, 49, yang lahir di Chicago merupakan anak kepada Benjamin, seorang doktor yang dilahirkan di Israel manakala ibunya, Martha pula merupakan warga Yahudi Amerika dan kini bertugas di organisasi hak sivil di Chicago.

George Stephanopoulos menerusi ABC News memetik Obama berkata, beliau menyukai Emanuel kerana "dia tahu polisi, tahu politik dan tahu Capitol Hill White House".

Dalam pada itu, Emanuel melahirkan rasa terharu dengan tawaran yang diberikan itu.

"Saya tahu sesuatu tentang White House dan saya rasakan, itu adalah salah satu faktor mengapa Obama ingin saya berkhidmat dengannya," katanya.

Barack Obama mencipta sejarah bergaya dengan memenangi pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS).

AS pernah memiliki senator dan gabenor masyarakat kulit hitam tetapi ini kali pertama seorang menjadi presiden.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain