suria

Guna pertimbangan rasional pilih pemimpin - Syed Ali

KUALA LUMPUR: Anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno Mac tahun depan diminta supaya menggunakan pertimbangan rasional dalam memilih pemimpin dan tidak terperangkap dengan sogokan pihak tertentu.

"Saya berharap mereka akan lebih matang membuat penilaian calon," kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee bagi mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail bahawa pasukan pemantau yang diwujudkan oleh lembaga itu telah mengenal pasti ada calon yang mengamalkan politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

Lembaga itu sedang menyiasat secara serius dan terperinci untuk mengumpul segala bahan bukti dan saksi bagi tujuan mengambil tindakan tegas terhadap mereka tanpa mengira sesiapapun.

Syed Ali berkata, perjuangan Umno akan jauh terpesong jika ianya dibarisi oleh pemimpin yang dipilih berasaskan kepada amalan politik wang.

Beliau berkata, sekiranya amalan itu dibiarkan berterusan, ini akan menghalang peluang mereka yang memiliki kriteria dan ciri-ciri kepimpinan untuk menjadi pemimpin kerana mereka ini tidak mempunyai wang. BERNAMA

Artikel Lain