Garis panduan bersumpah cara Islam digubal - Semasa | mStar

Garis panduan bersumpah cara Islam digubal

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan satu garis panduan sumpah menurut hukum Islam tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekeliruan serta pendapat yang berbeza di kalangan ilmuan Islam megenai perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Majlis Fatwa Kebangsaan sedang meneliti segala hukum berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama.

"Setelah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Fiqah Islam dimuktamad, garis panduan akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar BaitulmalMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2007/2008 di sini semalam.

Soal sumpah menurut hukum Islam menimbulkan kekeliruan apabila bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 16 Ogos bersumpah atas nama alQuran di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bagaimanapun sumpah yang dibuat Saiful mengundang pelbagai polemik berkaitan status sah sumpah itu sendiri.

Ada pendapat mengatakan sumpah itu tidak mengikut syariat Islam, malah ada menyatakan sumpah berkenaan tidak menepati apa dikehendaki hukum Islam dan beranggapan sumpah yang ada dalam Islam ialah hanya li'an membabitkan suami isteri.

Ahmad Zahid berkata, apabila garis panduan itu dikeluarkan umat Islam yang hendak mengangkat sumpah secara Islam perlu mematuhinya bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan.

Dalam pada itu, Zahid berkata, sebuah institut fatwa akan ditubuh bagi mengkaji fatwa yang pernah dan akan dikeluarkan serta hukum Islam yang dipakai di negara ini serta negara Islam lain di dunia.

Beliau berkata penubuhan institut itu yang dikenali sebagai Darul Iftaq merupakan antara persetujuan yang dicapai pada pertemuan antara anggota Parlimen Islam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pertengahan bulan lepas.

Ahmad Zahid berkata buat permulaan Darul Iftaq akan beroperasi sebagai sebuah unit di Jabatan Agama Islam sebelum kuasanya diperluas sebagai sebuah jabatan di bawah Majlis Agama Islam.

Terdahulu seramai 139 pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan menerima sumbangan wang tunai, sijil dan plak daripada Zahid. BERNAMA

Artikel Sebelum

Fatwa yoga akan diumumkan esok

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain