suria

Najib: Bajet alternatif pembangkang bersifat menguncup

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manafikan beliau berbohong mengenai budget alternatif yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat, yang jumlahnya jkurang RM24 bilion daripada budget kerajaan, serta bersifat menguncup.

"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angkaangka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.

"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kirakira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengulas tindakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Najib berbohong mengenai angkaangka pada budget alternatifnya sewaktu menyampaikan ucapan penggulunganya.

"Ketika ekonomi dunia menguncup, langkah yang tepat ialah menyuntik dana tambahan agar ekonomi tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya terus berkembang," kata Najib dalam ucapan penggulunganya.

Tambahnya, dalam konteks Bajet 2009 yang telah dibentangkan, kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projekprojek tambahan berimpak tinggi hasil daripada penjimatan subsidi minyak.

Najib berkata budget alternatif menguncup pembangkang merupakan satu cadangan yang boleh membawa ekonomi ke lembah kehancuran seperti yang pernah berlaku pada tahun 1997. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain