suria

Kerajaan negeri arah henti bina kuil di Bukit Gasing

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini telah mengeluarkan notis memberhentikan kerja-kerja pembinaan sebuah kuil Hindu di Bukit Gasing, Petaling Jaya, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar.

Notis itu dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana tidak mendapat kelulusannya, kata beliau selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga menerima surat-surat daripada rakyat Selangor yang menyuarakan pandangan mereka tentang kerja-kerja pembinaan kuil itu.

Dr. Xavier berkata, beliau telah mengarahkan Yang Dipertua MBPJ untuk memanggil pemegang amanah kuil itu dan pemaju duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian kepada keadaan ini.

Beliau berharap pemegang amanah kuil itu memberikan kerjasama dalam rundingan itu bagi menjaga kepentingan bersama masyarakat di situ. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain