suria

Rangka manusia ditemui dalam sebuah rumah kosong

REMBAU: Polis menemui rangka manusia di dalam sebuah rumah kosong di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Pedas di Kampung Batu 2, Pedas, dekat sini petang ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md Dom berkata siasatan awal mendapati ia adalah rangka seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia sejak dua minggu lepas.

Beliau berkata rangka itu ditemui bersama sebuah motosikal pada kirakira pukul 4 petang hasil maklumat orang awam, dan menurutnya polis masih belum dapat mengesahkan sama ada kematian lelaki itu membabitkan unsur jenayah.

"Polis sudah menghantar rangka itu ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), bagi mengenalpasti punca kematian, sebelum kertas siasatan dibuka," katanya ketika dihubungi di sini.

Mizan seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau dengan menelefon 06-6852222, atau menghubungi manamana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain