suria

Kematian Naib Presiden Gerakan, polis tolak unsur bunuh diri

TIGA Naib Presiden Gerakan yang baru (dari kiri), Datuk Mah Siew Keong, Datuk Dr S. Vijayaratnam dan Huan Cheng Guan selepas diumumkan menang pada pemilihan jawatan tersebut di Kuala Lumpur pada 11 Oktober lalu. Pada pemilihan kali ini, Mah memperoleh 1, 153 undi, Vijayaratnam (678 undi) dan Huan (568 undi). -- fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] SEREMBAN: Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. S. Vijayaratnam, yang berjaya mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti bulan lalu, ditemui mati di hadapan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal, Jalan Tunku Hassan di sini tengah hari tadi.

Beliau dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan milikinya itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, Vijayaratnam datang ke kliniknya seperti biasa dan mengambil kunci untuk naik ke tingkat atas bangunan.

"Kata pembantu klinik itu, majikannya memberi alasan ada orang hendak menyewa tingkat teratas di bangunan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Sejurus kemudian, mayat Vijayaratnam ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala dan seluruh badan, katanya.

"Setakat ini siasatan awal menolak penglibatan pihak ketiga atau ada unsur bunuh diri. Kita letakkan kes itu di bawah 'sudden death' (kematian mengejut)," katanya.

Beliau berkata, terdapat orang yang melihat kejadian itu dan polis akan mendapatkan keterangan daripadanya.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon memberitahu Bernama beliau terkejut dengan kematian Vijayaratnam.

Katanya mendiang baru sahaja memenangi jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu bulan lepas.

Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan, Chan Kee Choong menyifatkan kematian Vejayaratnam sebagai satu kehilangan yang besar kepada parti dan masyarakat.

"Ini kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang mesra dan sentiasa mahu memberi bantuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Chan berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah pada mesyuarat badan perhubungan Gerakan Negeri Sembilan di sini Selesa lepas.

"Beliau tidak menunjukkan tanda-tanda luar biasa dan sentiasa kelihatan ceria dan ramah dengan kawankawannya dalam mesyuarat tersebut," katanya.

Vijayaratnam meninggalkan isteri, T. Anusha dan empat orang anak berusia antara 11 dan 26 tahun.

Beliau memenangi kerusi Naib Presiden buat kali keempat pada 11 Oktober lalu.

Artikel Lain