[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan sentimen di peringkat global semakin baik susulan langkah yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi menangani krisis kewangan.Minat terhadap saham indeks utama, terutama sahamsaham berkaitan kewangan, membantu menolak Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kepada 899.35, meningkat 35.74 mata atau 4.14 peratus selepas dibuka 3.43 mata lebih tinggi pada 867.04 pagi ini. Indeks Perusahaan meningkat 40.57 mata kepada 2,126.21, Indeks Kewangan menokok 359.04 mata kepada 6,977.60 manakala Indeks Perladangan meningkat 237.56 mata kepada 3,794.51.FBMEmas menambah 245.70 mata kepada 5,914.23, FBM30 meningkat 238.02 mata kepada 5,881.38, FBM2BRD pula 40.24 mata lebih tinggi pada 4,329.17 dan Indeks FBMMesdaq menokok 82.71 mata kepada 3,426.54.Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 599 berbanding 133 manakala 126 kaunter tidak berubah, 476 tidak diniagakan dan 30 lagi digantung.Jumlah dagangan meningkat kepada 982.139 juta saham bernilai RM1.235 bilion daripada 810.223 juta saham bernilai RM1.300 bilion pada Jumaat.Di pasaran tempatan, tahap keyakinan meningkat menjelang pengumumkan kerajaan esok yang akan memperkenalkan lebih banyak usaha menerusi pelan penstabilan kewangan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.Pengumuman itu dijadual dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi penggulungan Bajet 2009 di Parlimen.Peneraju dengan jumlah saham tertinggi, KNM Group menambah lapan sen kepada 67 sen, Lion Industries untung 12 sen kepada 73.5 sen, IOI Corp menokok 31 sen kepada RM3.08, Scomi meningkat 3.5 sen kepada 34 sen dan Kinsteel menokok 11 sen kepada 56 sen.Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby menambah 15 sen kepada RM6.35, MISC tidak berubah pada RM8.50, Public Bank menokok 25 sen kepada RM8.60, Maybank untung 50 sen kepada RM5.85 manakala Tenaga Nasional menokok 20 sen kepada RM6.15.Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 850.355 juta saham bernilai RM1.215 bilion daripada 742.654 juta saham bernilai RM1.285 bilion pada Jumaat.Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 57.994 juta saham bernilai RM13.050 juta berbanding 35.777 juta saham bernilai bernilai RM10.350 juta sebelum ini.Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 36.279 juta saham bernilai RM5.666 juta daripada 17.507 juta saham bernilai RM4.013 juta.Waran opsyen beli meningkat kepada 37.509 juta saham benilai RM1.060 juta berbanding 14.285 juta saham bernilai RM515,030 sebelumnya.Urus niaga langsung meningkat kepada 47.680 juta saham bernilai RM27.063 juta berbanding 17.196 juta saham bernilai RM10.382 juta pada Jumaat.Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 26.108 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 256.420 juta, pembinaan 80.883 juta, perkhidmatan/perdagangan 200.005 juta, teknologi 7.154 juta, infrastruktur 21.863 juta, kewangan 58.330 juta, hotel 4.040 juta, hartanah 94.714 juta, perladangan 50.669 juta, perlombongan 18,600, REIT 2.396 juta, dana tertutup 451,600 juta, ETF 272,000 dan pinjaman 47.027 juta. BERNAMABERITA TERDAHULUKUALA LUMPUR: Harga pasaran di Bursa Malaysia meningkat sebelah pagi hari ini, dipercayai disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuk perkembangan politik dalam negara.Sehingga pukul 11 pagi tadi, indeks naik 26.64 mata atau 3.05 peratus untuk mencecah paras 889.67 mata.Difahamkan kenaikan indeks juga dipengaruhi faktor luaran dengan bursa-bursa di negara-negara jiran dan antarabangsa juga memperlihatkan arah aliran positif.Di peringkat domestik, semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno.Esok, Najib akan mengumumkan pelaksanaan tindakan di bawah rangan penstabilan kewangan semasa sesi penggulungan bajet di Parlimen.