suria

Bouncer, pengawal keselamatan didakwa kes samun

KUALA LUMPUR: Seorang bouncer kelab malam dan seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menyamun tiga minggu lepas.

R. Krishnan, 20, seorang bouncer, dan S. Sathis Kumar, 24, seorang pengawal keselamatan, didakwa bersama-sama lapan orang yang masih bebas menyamun A. Alagesan, 22, A. Suresh, 48 dan V. Abimonan, 39, seutas rantai emas, tiga telefon bimbit, sebuah pemain DVD dan sebuah helmet bernilai RM 4,500 di sebuah rumah di Flat Sri Johor di sini pada 1.20 pagi 10 Okt lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Hakim Mohd Nasir Nordin mengenakan ikat jamin RM5,000 bagi Krishnan dan Sathis dan menetapkan 5 Dis untuk sebutan semula kes. BERNAMA

Artikel Lain