suria

Wanita Shahrizat terus tambah pencalonan jawatan Ketua Naib

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengumpulkan 60 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno Mac depan, apabila menambah tiga lagi pencalonan, masing-masing daripada bahagian Batu Kawan, Libaran dan Kulim/Bandar Baharu yang bersidang hari ini.

Shahrizat yang berjaya mengatasi kuota kelayakan 39 pencalonan, bakal bersaing untuk jawatan itu dengan penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz yang hari ini turut menambah lima pencalonan iaitu daripada Kota Baharu, Tampin, Kangar, Muar dan Lipis, menjadikan jumlah keseluruhan 101 pencalonan.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita, Shahrizat menambah empat pencalonan iaitu daripada Tampin, Kangar, Muar dan Lipis, menjadikan keseluruhan 98 pencalonan manakala Exco Wanita Pusat Datuk Kamilia Ibrahim mengekori di belakang dengan menambah dua pencalonan daripada bahagian Batu Kawan dan Libaran, menjadikan 44 pencalonan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, mendapat pencalonan daripada bahagian Kota Baharu hari in dengan kini mengumpul keseluruhan 11 pencalonan manakala Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan menerima satu pencalonan daripada Kulim/Bandar Baharu, menjadikan keseluruhan dua pencalonan.

Pemimpin lain yang dicalonkan bagi jawatan Naib Ketua Wanita Umno ialah Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Sadique (dua pencalonan) dan Exco Wanita Datuk Dr Norraesah Mohamad (satu pencalonan).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain