suria

Calon Pengurus Besar PKNS 15 calon ditimbang

SHAH ALAM: Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang mempertimbangkan 15 permohonan daripada kalangan Bumiputera profesional untuk mengisi jawatan Pengurus Besar PKNS.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, permohonan itu akan diteliti oleh jawatankuasa pemilihan yang dianggotai Ketua Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Ramli Mahmud; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd Ariff Ab Rahman; peguam Zain Azhari dan akauntan bertauliah Datuk Azlan Hashim.

"Calon yang disenarai pendek akan dirujuk kepada satu lagi jawatankuasa teknikal terdiri daripada anggota beberapa persatuan berkaitan untuk semakan dan pengesahan kejayaan kerjaya mereka (calon terpilih)," menurut kenyataan itu.

Proses temu duga bermula Khamis depan dan PKNS dijangka mengumumkan keputusan dalam masa sebulan.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar PKNS sehingga pengurus besar yang baharu dilantik. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain