suria

Pas sokong debat terbuka nilai bakal pemimpin

KOTA BAHARU: Ketika syor debat terbuka terus menjadi polemik di kalangan pemimpin Umno sekarang, Pas pula menyambut baik saranan diadakan debat.

Sehubungan itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap ia diadakan secara terbuka bagi menilai kemampuan seseorang pemimpin yang akan memerintah negara masa depan. Kata beliau, dalam Islam, forum sedemikian sangat digalakkan kerana memberi peluang kepada rakyat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin, keilmuan serta ketaqwaannya.

"Dalam gerakan Islam kita boleh dan berhak memilih seorang pemimpin sama ada yang bertaqwa kepada Allah, latar belakang serta kemampuan dalam ilmu pengentahuan," kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di sini semalam.

Nik Aziz berkata, umat Islam berhak memilih pemimpin berdasarkan latar belakang dan kemampuannya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain