suria

Kes Altantuya Anwar ucap Razak tahniah dakwa pendakwaan curigakan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, pagi tadi.

Namun, tegasnya, isu berkaitan undang-undang masih belum selesai.

"Pendakwaan masih mencurigakan. Siasatan tidak telus dan menimbulkan banyak kecurigaan kepada masyarakat," kata beliau kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk mengikuti sidang mahkamah yang mendengar permohonan memindahkan kes liwat beliau ke Mahkamah Tinggi.

Menurut Anwar, kes pembunuhan Altantuya itu telah dijalankan secara tidak profesional kerana badan kehakiman bersifat menindas apabila kes-kes melibatkan pembesar.

"Kes ini melibatkan Najib (Timbalan Perdana Menteri) dengan penyebaran SMS, tetapi kenapa ia tidak disiasat secara telus," katanya.

Tambah Anwar, apabila melibatkan kes berkenaan, banyak bukti seperti SMS tidak dikaji secara terperinci

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain