suria

Nazri BPR boleh siasat politik wang dengan surat layang

PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menjalankan siasatan dalam Umno hanya dengan berdasarkan surat layang yang menyatakan wujudnya politik wang dalam parti itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.

"BPR boleh masuk siasat bukan sahaja melalui laporan rasmi. Dengan penulisan dalam surat layang pun BPR boleh masuk dalam Umno untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun BPR ke41 di sini hari ini.

Namun, kata Nazri, jika tuduhan itu sekadar cakapcakap sahaja, tidak perlulah BPR menyiasat kerana itu sekadar spekulasi.

"Lainlah kalau saya ditawar tetapi tidak lapor, barulah menjadi satu kesalahan," katanya.

Nazri juga berkata oleh kerana beliau bertanggungjawab menjaga BPR, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan Umno akan datang untuk mengelak daripada dikaitkan dengan apaapa perkara yang berunsur rasuah.

"Saya juga tidak mahu disebabkan saya nama BPR turut terbabit," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain