suria

Tinggal 86 mangsa banjir di Kedah

ALOR STAR: Hanya 86 mangsa banjir di Kedah masih berada di sebuah pusat pemindahan di Bandar Baharu sehingga pagi ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah, Zulkifli Ramli berkata mereka terdiri daripada 19 keluarga dari Kampung Sungai Besar, yang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kecil.

Beliau berkata enam mangsa dari satu keluarga di Pendang telah dibenarkan pulang pagi ini, dan pusat pemindahannya telah ditutup.

Kira-kira 3,000 mangsa dipindahkan ke-23 pusat pemindahan di tujuh daerah iaitu Kota Star, Padang Terap, Kubang Pasu, Pendang, Yan, Kulim dan Bandar Baharu sejak banjir melanda Kedah mulai Isnin lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain