suria

Dua pembantu prnguatkuasa JPJ hadapi tuduhan rasuah

KANGAR:Dua pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menerima suapan antara 2001 dan 2004.

Rozaili Mat, 35, dituduh melakukan 21 kesalahan antara 23 Julai 2001 dan 23 Ogos 2004 di Padang Besar membabitkan wang berjumlah RM21,000 dengan menerima suapan daripada Pengurus Cawangan Nittsu Transport Services (M) Sdn Bhd cawangan Padang Besar, Aznan Mat @ Mohamed, manakala Mohd Zaini Jaafar, juga 35, menghadapi satu pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,000 daripada orang yang sama antara 23 dan 27 Sept 2004. Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad menetapkan 27 Nov ini sebagai tarikh perbicaraan bagi kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya BPR, Ishak Taib.

Rozaili dituduh menerima suapan itu supaya tidak mengambil tindakan terhadap lorilori syarikat berkenaan yang beroperasi dan melanggar peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1967.

Dalam setiap pertuduhan itu, dia didakwa menerima RM1,000 daripada individu yang sama dan wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Abu Bakar Umar pada tarikh dan masa yang berbeza.

Wan Norzanuar mengenakan ikat jamin RM7,000 terhadap Rozaili dan RM2,000 terhadap Mohd Zaini.

Kedua-duanya membayar wang jaminan itu.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain