Syed Hamid juga layak tanding Naib Presiden - Semasa | mStar

Syed Hamid juga layak tanding Naib Presiden

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar berjaya melepasi kuota pencalonan bagi melayakkan diri bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada Mac depan.

Beliau memperoleh pencalonan yang ke-20 hari ini daripada bahagian Bukit Mertajam dan menjadi pemimpin ketiga dari Johor yang layak bertanding kerusi Naib Presiden itu.

Beliau juga sebelum ini menerima pencalonan daripada beberapa bahagian seperti Kota Melaka, Parit Buntar, Ledang, Kuala Selangor dan Kepong.

Sebelum ini, empat pemimpin lain telah pun melepasi kuota tersebut bagi jawatan ini ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sehingga kelmarin, Hishammuddin mendahului pencalonan sebanyak 68 setelah 82 bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, diikuti dengan Zahid Hamidi (46), Shafie Apdal (41) dan Khaled Nordin (38).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain