suria

Rumah Terbuka MIC hari ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput menghadiri Rumah Terbuka MIC sempena sambutan Hari Deepavali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Rumah terbuka itu akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara pemimpin yang dijangka menghadiri Rumah Terbuka MIC itu.

Artikel Lain