suria

Suasana menjelang sambutan Deepavali

MENJELANG DEEPAVALI... Masyarakat India membanjiri Lebuh Pasar atau dikenali sebagai "Little India" untuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut perayaan Hari Deepavali ketika tinjauan fotoBERNAMA di pasar itu di Georgetown, Pulau Pinang semalam.

Perayaan pesta cahaya itu akan disambut pada 27 Oktober ini oleh masyarakat India seluruh dunia.

Kelihatan kawasan Little India penuh sesak dengan kenderaan dan orang ramai terutama masyarakat India yang rata-ratanya datang untuk membeli barang keperluan masing-masing.

Malah suasana sedemikian juga dirasakan di seluruh negara. Mereka mengambil kesempatan sempena hujung minggu dengan mengunjungi bazar untuk membeli kuih-muih, barang-barang perhiasan rumah dan pakaian baru. - fotoBERNAMA

Artikel Lain