PAS sedia jadi orang tengah antara kerajaan Hindraf - Semasa | mStar

PAS sedia jadi orang tengah antara kerajaan Hindraf

PUTRAJAYA: PAS semalam menyuarakan kesanggupan parti itu untuk menjadi orang tengah antara pihak kerajaan dengan pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) bagi menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul sejak kebelakangan ini.

Hasrat itu disuarakan dua pemimpin PAS iaitu Naib Presidennya Datuk Husam Musa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas mereka turut bersama kira-kira 40 penyokong Hindraf yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini pada 9 pagi semalam.

Kesemua penyokong itu dipercayai anggota keluarga kepada 10 anggota Hindraf yang kini ditahan reman selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) dan disiasat kerana mengadakan perhimpunan haram.

Salahuddin berkata kerajaan patut bagi peluang kepada kumpulan Hindraf kerana dengan menahan pemimpin mereka tidak akan menyelesaikan masalah.

"Sebaliknya kerajaan seolaholah cuba mengelak untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan itu jadi biarlah PAS menjadi orang tengah," katanya.

Bagaimanapun Husam berkata anggota keluarga itu tidak dibenarkan berjumpa tahanan kerana menurut polis, perjumpaan hanya boleh dibuat pada hari bekerja, manakala perjumpaan pada hujung minggu dan cuti umum pula hanya untuk kes kecemasan sahaja.

Kedua-dua pemimpin PAS itu kemudian turut membawa anggota keluarga tahanan menjamu selera di medan selera berdekatan di samping menghulurkan sumbangan RM5,000 sempena Deepavali.

Sepuluh penyokong Hindraf itu ditahan kerana dipercayai mengadakan perhimpunan haram di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini kira-kira 3.30 Khamis lepas.

Kumpulan itu dipercayai cuba menyerahkan memorandum kepada pejabat Perdana Menteri bertujuan mendesak agar lima anggota Hindraf yang ditahan mengikut ISA dibebaskan sebelum perayaan Deepavali Isnin depan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain