Giant Killer Abdul Rahman gagal pertahan jawatan Ketua Umno Marang - Semasa | mStar

Giant Killer Abdul Rahman gagal pertahan jawatan Ketua Umno Marang

MARANG: Senator Datuk Abdul Rahman Bakar gagal mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Marang apabila tewas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad dalam persidangan perwakilan bahagian itu semalam.

Abdul Rahman yang pernah mendapat jolokan sebagai "Giant Killer" apabila menewaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi kerusi Parlimen Marang pada pilihan raya umum 1986 dan 2004, kalah dengan majoriti 198 undi.

Dalam keputusan yang diumumkan pada pukul 1.10 pagi ini, beliau yang telah menjadi Ketua Bahagian itu sejak 2004, hanya memperoleh 214 undi manakala Yahya yang juga exco kerajaan Terengganu mendapat 412 undi.

Adun Alor Limbat, Alias Abdullah pula berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua bahagian apabila menewaskan Nik Dir Nik Wan Ku dengan majoriti 242 undi.

Naib Ketua pula menampilkan muka baru apabila Razali Idris yang sebelum ini merupakan Ketua Pemuda bahagian, menewaskan dua pencabarnya, Datuk Dr Abdul Latiff Awang dan A.Latiff Awang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.