suria

Tarikh pemilihan Mac depan kekal

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini, berkata tarikh pemilihan Umno akan diadakan pada Mac depan, sebagaimana ditetapkan Majlis Tertinggi parti itu.

Abdullah berkata demikian ketika ditanya wartawan Malaysia mengenai laporan berhubung tindakan beberapa anggota parti yang mahu pemilihan Umno diadakan pada Disember.

Perhimpunan agung Umno pada asalnya dijadualkan pada Disember ini tetapi ditunda ke Mac depan bagi memberi laluan peralihan kuasa dilaksanakan dengan lancar.

Pemilihan bagi Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno turut diadakan pada masa itu.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain