suria

Reezal Merican tukar portfolio

KUALA LUMPUR: Datuk Reezal Merican Naina Merican bertukar portfolio daripada Setiausaha Politik Menteri Kewangan sebelum ini kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan di sini hari ini berkata pertukaran itu berkuat kuasa 18 Sept lepas.

Kenyataan itu berkata pertukaran Reezal yang juga Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung itu diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain