suria

Sindiket seludup haiwan eksotik jadikan Muar sebagai pintu masuk

JOHOR BHARU:Sindiket-sindiket tempatan yang ada hubungan antarabangsa dipercayai menjadikan beberapa kawasan di pantai Muar, Johor sebagai pintu masuk untuk menyeludup haiwan eksotik dari Indonesia ke negara ini.

Haiwan-haiwan eksotik seperti Tenggiling dari Indonesia yang berjaya diseludup masuk ke negara ini, akan dikumpul di suatu lokasi rahsia sebelum diseludup sekali lagi ke negara luar terutamanya ke China.

Seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang mendedahkan perkara itu berkata, pantai Muar menjadi pilihan kerana kedudukannya yang berdekatan dengan perairan Indonesia.

"Sindiket-sindiket tempatan terpaksa menyeludup masuk haiwan-haiwan eksotik seperti Tenggiling dari Indonesia berikutan kesukaran mereka untuk memperoleh bekalan haiwan itu dari dalam negara."

"Permintaan luar terhadap Tenggiling pada masa ini adalah amat tinggi, sehingga mencecah RM190 bagi sekilogram daging haiwan eksotik tersebut," menurut pegawai tersebut yang enggan mendedahkan namanya kepada Bernama hari ini.

Tindakan sindiket terbabit menjadikan pantai Muar sebagai pintu masuk penyeludupan haiwan eksotik dari Indonesia terbongkar minggu lepas berikutan kejayaan Polis Marin Muar merampas 42 ekor Tenggiling dari sebuah bot di perairan Parit Jawa, Muar minggu lepas.

Pada kejadian tersebut, Polis Marin menahan dua lelaki Orang Asli tempatan dan merampas haiwan eksotik itu yang diseludup dari Indonesia dan dianggarkan bernilai kira-kira RM60,000 di pasaran gelap.

Kejayaan itu merupakan yang kedua dalam tempoh dua bulan, selepas penahanan lapan lelaki dan 16 ekor haiwan eksotik juga dari Indonesia di kawasan perairan yang sama pada bulan lepas.

Menurut pegawai penguatkuasa Perhilitan itu lagi, "pertukaran" haiwanhaiwan eksotik itu akan dilakukan di tengahtengah perairan keduadua negara melibatkan anggota sindiket penyeludupan dari Malaysia dan Indonesia.

"Haiwan eksotik itu dari Indonesia akan diserahkan kepada anggota sindiket penyeludupan Malaysia di tengah perairan kedua-dua negara, yang dipertanggungjawab membawanya ke lokasi rahsia di kawasan pantai negara ini," katanya.

Anggota sindiket lain menurutnya, pula menunggu di kawasankawasan pantai untuk memunggah haiwan eksotik yang diseludup dari Indonesia untuk dihantar ke lokasi pengumpulan mereka.

Pegawai penguatkuasa Perhilitan itu berkata, pada satu operasi pengintipan yang dilakukannya barubaru ini, lokasi pemunggahan yang terletak di kawasan pantai telah dikawal ketat oleh anggota sindiket termasuk "Tonto".

"Dalam operasi perisikan di kawasan pemunggahan itu, kami mendapati kirakira 10 orang Tonto bermotosikal berlegar di kawasan persekitaran bagi memastikan operasi pemunggahan haiwan eksotik itu berjalan licin," katanya.

Menurutnya, operasi pemunggahan haiwanhaiwan eksotik yang baru tiba dari Indonesia itu pula dilakukan dalam masa 10 minit bagi mengelakkan ia dikesan oleh pihak berkuasa dan penduduk tempatan.

"Haiwan-haiwan eksotik itu akan dikumpulkan di suatu lokasi rahsia dalam negara, sebelum ia diseludup dalam kontena 40 tan ke negara-negara luar yang mempunyai permintaan tinggi terhadap haiwan itu," katanya.

Pegawai Penguatkuasa Perhilitan itu berkata, pada ketika ini pihaknya sedang memantau kegiatan kira-kira 10 sindiket tempatan yang mempunyai hubungan rapat dengan sindiket penyeludupan haiwan eksotik antarabangsa. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain