suria

Najib Lembaga Disiplin bakal umum tindakan tangani masalah politik wang

KUALA LUMPUR:Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata Umno telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.

"Kita dah serahkan kepada Lembaga Disiplin dan Presiden parti (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) telah berjumpa dengan Tengku Ahmad Rithauddeen dan Tan Sri Zuki (Kamaluddin) meminta jawatankuasa Lembaga Disiplin bertindak tegas bagi membanteras politik wang dalam tempoh kempen ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran awal "The Malaysian Savings Sales 2008" di The Gardens, Mid Valley, Bangsar di sini.

Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung usaha yang dilakukan Umno bagi membanteras politik wang sepanjang tempoh kempen menjelang pemilihan parti tersebut Mac ini.

Setakat ini, Timbalan Presiden Umno itu berkata tidak ada sebarang perubahan berhubung tarikh Perhimpunan Agung Umno yang ditetapkan pada Mac tahun depan, walaupun terdapat cadangan supaya tarikh itu dipercepatkan bagi mengekang gejala politik wang yang dikatakan berleluasa ekoran tempoh kempen yang didakwa terlalu panjang.

Najib turut diminta mengulas komen beberapa pemimpin Umno bahawa parti itu kini perlu diterajui golongan muda.

"Semua pihak ada peranannya untuk mendokong perjuangan Umno. Walau bagaimanapun, daripada segi kepimpinan yang aktif, kebanyakan ahli Umno berpendapat perlu ada perubahan generasi dalam Umno secara berperingkat.

"Saya anggap perkara ini yang akan berlaku sebagai satu proses semula jadi dalam parti," kata beliau.

Beliau turut menyeru pemimpin Umno supaya lebih bertanggungjawab, bukan sahaja terhadap anggota Umno, tetapi juga kepada mereka yang bukan di dalam parti jika ingin mengekalkan jawatan mereka.

"Memegang satusatu jawatan dalam Umno, contohnya jika anda seorang ketua bahagian, ini bukannya penamat buat semua tetapi merupakan permulaan tanggungjawab anda, dan tanggungjawab anda bukan hanya kepada anggota Umno tetapi juga kepada orang ramai. Masanya sudah tiba untuk mereka melangkau keluar daripada anggota Umno," katanya.

Najib berkata selama ini pemimpin Umno lebih berkecenderungan terutamanya di peringkat bahagian, untuk hanya menjaga kepentingan anggota parti di kawasan masing-masing.

"Masanya sudah tiba untuk kita berfikiran jauh dan menyedari bahawa jika mahu kekal berkuasa, anda mesti dapat memenuhi kehendak khalayak lebih besar meliputi setiap lapisan masyarakat termasuk mereka yang bukan anggota Umno serta orang bukan Melayu," katanya.

Najib turut ditanya apakah Umno bahagian Pekan akan mengemukakan pencalonan bagi jawatanjawatan penting parti.

"Tak tau, tunggu dulu... belum fikir lagi," katanya. Najib juga diminta memberikan pandangan berhubung saranan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

"Sesiapapun boleh bertanding apaapa jawatan dalam parti dengan syarat dia memenuhi kriteria yang diperlukan.

Najib, turut diminta mengulas mengenai penyokong Hindraf, yang didakwa bebas bergerak walaupun pertubuhan itu diisytiharkan haram.

"Ya lah, ia merupakan satu pertubuhan haram, jadi terpulang kepada polis dan pihak berkuasa untuk ambil apaapa tindakan tetapi tindakan yang kita ambil ni rakyat mesti fahamlah apa tindakan yang patut diambil sebab Hindraf merupakan satu pertubuhan haram," katanya.

Beliau turut disoal mengenai rasa tidak puas hati orang Melayu yang merasakan terdapat perbezaan layanan berhubung cara pihak berkuasa dan kerajaan menangani isu Hindraf dan Al-Arqam.

"Dah ada tindakan diambil dah (terhadap penyokong Hindraf), ada yang dah dibawa ke mahkamah," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain