suria

MT Umno bincang kekal pemilihan Disember ini

[DIKEMAS KINI] BEIJING: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Oktober ini akan memutuskan sama ada mengekalkan tarikh asal peralihan kuasa pada Disember ini.

Ketika mengumumkan, Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tarikh peralihan kuasa akan tetap dilaksanakan pada Mac depan.

"Kami telah mempunyai pelan peralihan kuasa, dan pelan ini berkuatkuasa pada Mac tahun depan," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia selepas merasmikan pejabat perwakilan Khazanah Nasional di Beijing pada Khamis.

Abdullah berkata demikian ketika ditanya wartawan Malaysia mengenai tindakan beberapa anggota parti yang mahu pemilihan Umno diadakan pada Disember.

Bulan lepas MT memutuskan untuk menunda pemilihan yang sepatutnya diadakan Disember ini ke bulan Mac selaras dengan keputusan mengawal pelan peralihan kuasa.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan supaya tempoh kempen pemilihan parti dipendekkan.

Jelas beliau, calon-calon yang bertanding tidak boleh terus menghabiskan masa yang banyak dengan berkempen kerana masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Persidangan perwakilan bahagian kini sedang berlangsung dan mengikut jadual asal, pemilihan pusat sepatutnya diadakan Disember ini.

Bagaimanapun ia ditunda ke Mac depan, sekali gus membolehkan calon-calon bertanding jawatan pusat mempunyai masa selama lima bulan untuk berkempen.

Menurutnya, ini kali pertama terjadi tempoh berkempen untuk pemilihan parti yang paling lama iaitu selama lima bulan.

MT Umno belum memutuskan tarikh sebenar pemilihan Umno Mac depan. Persidangan perwakilan akan berakhir pada 9 November ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain