suria

Lagi mayat bayi ditemui

KUALA LUMPUR:Kurang daripada 24 jam penemuan mayat bayi di Puchong semalam, satu lagi mayat bayi perempuan yang baru lahir ditemui berhampiran loji kumbahan di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini hari ini.

Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam yang lalu di kawasan itu pada kirakira pukul 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mayat itu ditemui dalam kaadaan berbalut dengan sehelai tuala dan diletakkan di dalam beg plastik.

"Kami percaya bayi itu baru dilahirkan semalam berdasarkan kesan darah yang masih segar," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Hari Raya peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Semalam, mayat bayi yang tidak didedahkan identitinya oleh polis ditemui ditanam di tepi semak di kawasan bukit berdekatan tapak projek perumahan di Bandar Kinrara 5, Puchong.

Mayat bayi malang yang cukup sifat itu ditemui oleh seorang pekerja buruh binaan pada pukul 5 petang ketika melalui kawasan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain