suria

Khir Toyo dapat satu lagi pencalonan Ketua Pemuda

GUA MUSANG: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mendapat satu lagi pencalonan daripada Pemuda Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat perwakilan mereka hari ini.

Dengan ini, jumlah pencalonan yang diterima oleh Khir untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno adalah sebanyak 28 pencalonan. Exco Pemuda Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir masih mendahului dengan 63 pencalonan dan Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dengan 36 pencalonan.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Ketua, Datuk Reezal Merican Naina Merican menerima satu lagi pencalonan untuk jawatan itu, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya setakat ini sebanyak 45 pencalonan.

Anggota Parlimen Muar Razali Ibrahim masih mendahului dengan 51 pencalonan, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu Bahrul Razha Chuprat (3), Khairy (2), Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Marzuki Yahaya, Ketua Pemuda Umno Gombak Megat Firdaus Megat Junid dan Ketua Pemuda Umno bahagian Kapar Faizal Abdullah, masing-masing mendapat satu pencalonan.

Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno ialah 39, dan Naib Ketua Pemuda pula sebanyak 20 pencalonan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain