suria

Banjir di Perak dan Kedah bertambah pulih

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Perak dan Kedah terus beransur pulih apabila lebih ramai mangsa banjir dibenar pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Di IPOH, seramai 117 orang lagi mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, kira-kira 120 km dari sini dibenar pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Pagi ini seramai 105 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Haji Dahalan dibenar pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian berkata jumlah mangsa banjir yang masih berada di dua pusat pemindahan ialah 290 orang iaitu seramai 79 orang di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai dan 211 di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.

Sementara itu Km 13 hingga Km 17 Jalan Alor Pongsu-Selama masih ditutup kepada kenderaan ringan kerana ditenggelami air sedalam 0.5 meter, katanya ketika dihubungi hari ini. Di ALOR STAR, pusat pemindahan banjir di daerah padang terap dan Kulim ditutup petang ini apabila semua 118 orang mangsa banjir di Padang Terap dan 23 orang lagi di Kulim dibenar pulang berikutan air banjir di dua daerah itu mulai surut.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah Zulkifli Ramli berkata sehingga petang ini seramai 747 orang mangsa banjir dari daerah Kubang Pasu, Pendang (215), Bandar Baharu (64) dan Yan (556) masih berada di pusatpusat pemindahan di negeri ini.

Walaupun 224 orang dari 56 keluarga di daerah Kota Star dibenar pulang, pusat itu masih dibuka berikutan terdapat 35 orang mangsa yang baru dipindahkan selepas kawasan mereka dinaiki air tengah hari ini, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain