Shabery Cheek serah MCMC ambil tindakan terhadap Malaysiakini - Semasa | mStar

Shabery Cheek serah MCMC ambil tindakan terhadap Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata terpulang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap portal berita Internet Malaysiakini yang Ahad lalu memuatkan kononnya manifesto yang dikeluarkan "kumpulan penyokong" Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui Umno.

"Ini adalah antara perkara yang saya rasakan berupa salah laku. Salah satu penyalahgunaan laman siber di mana orang melakukan perkara tanpa usul periksa dan pengesahan, tetapi keburukan yang diberikan amatlah terang," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas perkara tersebut, pada majlis makan malam kementeriannya di Angkasapuri semalam.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri kelmarin telah mengeluarkan penjelasan bahawa artikel tersebut adalah palsu dan mengelirukan dan merupakan usaha terancang pihak tertentu untuk mencemarkan imej beliau.

"Perkara ini dibuat jelas untuk merosakkan imej seorang pemimpin negara. Perkara ini amat dikesali," kata Ahmad Shabery.

Beliau berkata imej portal berita itu sendiri akan tercemar sekiranya memuatkan artikel tanpa mengesahkan faktanya terlebih dahulu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Salah guna kuasa Thaksin dipenjara 2 tahun

Artikel Berikut

Shah Rukh Khan terima Datuk bulan depan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain