suria

Shahidan tarik diri tanding Naib Presiden Umno

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam menarik balik hasratnya untuk bertanding kerusi Naib Presiden Umno sebaliknya akan memberi tumpuan kepada kerusi anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis itu berkata, perkembangan terkini menunjukkan banyak yang bertanding kerusi itu dan berpendapat bahawa beliau perlu memberi peluang kepada yang lain termasuk calon yang mewakili negerinegeri wilayah utara.

"Walaupun saya percaya banyak bahagian yang akan terus memberi pencalonan kepada saya namun saya akan memberi tumpuan bagi kerusi MT," katanya ketika menghubungi Bernama.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada bahagianbahagian yang telah mencalonkannya bertanding jawatan Naib Presiden.

Shahidan berkata, sehingga kini Badan Perhubungan Umno Perlis hanya mencadangkan beliau untuk mewakili Perlis bertanding kerusi MT.

Setakat ini Shahidan menerima sembilan dari 10 pencalonan yang melayakkan bertanding kerusi MT. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain