suria

Salah guna kuasa Thaksin dipenjara 2 tahun

[DIKEMAS KINI] BANGKOK: Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dalam satu urusan pembelian tanah melibatkan isterinya.

Thaksin tidak hadir di mahkamah ketika hukuman dijatuhkan. Beliau berada dalam buangan di London.

Thaksin telah melarikan diri ke England dua bulan lalu.

Bagaimanapun Thaksin telah dibebaskan daripada beberapa tuduhan serius menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan potongan harga.

Thaksin telah melanggari perlembagaan dari segi konflik kepentingan dan beliau merupakan Perdana Menteri dan ketua kerajaan yang sepatutnya bertindak demi kepentingan orang ramai, kata salah seorang hakim ketika membacakan keputusannya.

"Beliau dikenakan hukuman penjara dua tahun," katanya.

Isterinya Pojaman dibebaskan daripada kesemua tuduhan.

Thaksin digulingkan pada September 2006.

Keputusan hari ini merupakan yang pertama terhadap bekas pemimpin itu sejak beliau disingkirkan melalui rampasan kuasa tentera selepas dituduh melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Thaksin menghadapi tuduhan menyalahguna kuasa dan konflik kepentingan kerana dikatakan membantu isterinya dalam pembelian tanah yang memberi keuntungan daripada sebuah agensi negeri pada tahun 2003.

Artikel Sebelum

Artikel Lain