Nik Aziz sedang dirawat tidak dapat hadir majlis perasmian sidang DUN - Semasa | mStar

Nik Aziz sedang dirawat tidak dapat hadir majlis perasmian sidang DUN

KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai semalam.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Aziz telah dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.

"Doktor telah menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan InsyaAllah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ahmad berkata Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak semalam dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.

Beliau merasa tidak sihat selepas turut mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lepas.

Ahmad berkata jika keadaan kesihatan Nik Aziz bertambah baik, Menteri Besar itu dijangka dapat membentangkan Bajet Negeri 2009 di persidangan Dewan nanti.

Nik Aziz, 77, yang juga Mursyidul Am PAS pernah dirawat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 2004 berikutan masalah jantung dan juga pernah dirawat kerana masalah gastrik dan tekanan darah tinggi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain