suria

Mayat dipercayai mangsa bunuh di temui di belukar

KAMPAR: Satu rangka manusia yang hangus terbakar dijumpai di sebuah belukar di Jalan Tanjung Rengas, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Nordin Manan berkata rangka berkenaan ditemui orang awam pada kira-kira pukul 5 petang ini.

"Polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui beberapa kerat rangka manusia yang telah hangus dibakar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nordin berkata tiada pengenalan diri ditemui di sekitar kawasan itu dan polis sedang menunggu laporan forensik untuk memastikan sama ada mangsa itu lelaki atau perempuan.

"Kami percaya ia satu kes pembunuhan. Bagaimanapun polis masih menyiasat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain