Jurujual gores dan menang didakwa bunuh wanita warga emas - Semasa | mStar

Jurujual gores dan menang didakwa bunuh wanita warga emas

KLANG: Seorang jurujual peraduan gores dan menang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita warga emas yang mayatnya ditemui tiga hari selepas kejadian dalam keadaan reput, tahun lepas.

Soh Kee Hui, 29, dari Pelabuhan Klang di sini, didakwa membunuh Soh Pa Lee, 59, di No: 29A, Jalan Rengas Taman Selatan di sini, kira-kira 11.30 malam pada 7 Sept 2007.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Soh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Gan Chee Keong menetapkan 21 Nov ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Pembantu Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal manakala Soh tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kahwin Mawi umum tarikh istimewa petang ini

Artikel Berkaitan

Artikel Lain