suria

Muhd Taib Anggota Umno perlu patuhi perlembagaan parti

KUALA LUMPUR:Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib hari ini meminta anggota parti mematuhi peraturan yang digariskan oleh perlembagaan parti dan jangan terpengaruh dengan desakan manamana pihak dalam menentukan kepimpinan parti masa depan.

"Kita ada perlembagaan, peraturan, kita ada tatacara parti yang diwujudkan orang Melayu, tradisinya dan susur galurnya. Maka kita ikut peraturan dalam parti kita, jangan ada mana-mana pihak menyalahgunakan perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri di Pejabat Risda di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan bekas Perdana Menteri sebagai berlagak seolaholah pengarah pemilihan parti yang menentukan "siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan."

Mengenai pencalonannya sebagai Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan, Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah masih menaruh harapan untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu.

"Ia terpulang kepada bahagianbahagian. Kita ada enam minggu lagi untuk bahagian bermesyuarat. Jika satu minggu itu dapat 10 pencalonan, enam minggu dah 60... dah terlebih pulak," katanya.

Sehingga semalam, Muhammad memperoleh lapan pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. Beliau memerlukan sekurangkurangnya 39 pencalonan untuk melayakkan diri bertanding. BERNAMA

Artikel Lain