suria

Mesyuarat khas MT Umno bincang hasil retreat malam ini

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengadakan mesyuarat khas pada jam 8 malam ini bagi membincangkan hasil retreat Umno yang diadakan pada Jun lalu.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, mesyuarat yang akan berlangsung di ibu pejabat Umno, Menara Datuk Onn itu akan membincangkan tentang parti namun beliau enggan mengulas lanjut agenda mesyuarat berkenaan.

"Ini bukan mesyuarat biasa. Ini adalah mesyuarat khas untuk MT berbincang mengenai retreat.

"Tapi tak bolehlah saya nak beritahu apa agendanya," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

MT Umno telah mengadakan retreat di Shah Alam pada 5 dan 6 Jun lalu.

Artikel Lain