suria

Dua lelaki dipercayai terlibat 15 kes samun ditembak mati

JOHOR BAHARU: Polis menembak mati dua penjenayah yang dipercayai terlibat dengan sekurangkurangnya 15 kes samun di sekitar bandaraya, di Jalan Ledang, Taman Johor, di sini awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata keduadua lelaki yang menaiki sebuah motosikal itu ditembak dalam kejadian kirakira pukul 3.15 pagi, semasa cuba menyerang polis dengan parang.

Beliau berkata kejadian bermula apabila polis yang terserempak dengan dua lelaki yang dicurigai itu, cuba menahan mereka.

"Kedua-duanya terus melibaskan parang ke arah anggota polis yang menyebabkan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Menurutnya keduadua penjenayah berumur 30 dan 32 tahun itu mati di tempat kejadian, dan siasatan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah samun dan mencederakan orang.

"Kami percaya mereka terlibat dengan sekurang-kurangnya 15 kes samun di sekitar bandaraya. Antara jenayah terbaru yang dilakukan mereka adalah menyamun sebuah rumah di Taman Mutiara, Skudai, pada 30 Sept lepas yang membabitkan nilai barangan samun berjumlah RM300,000," katanya.

Sementara itu Tun Hisan berkata polis berjaya menahan dua lelaki selepas mereka menyamun kedai 7eleven dan kafe siber di Skudai, Jumaat lepas.

Beliau berkata keduadua mereka yang menaiki motosikal dan bersenjatakan parang ditahan di hadapan kafe siber berkenaan kirakira pukul 5.30 pagi selepas polis terserempak dengan kedua-duanya, yang dilihat mencurigakan.

"Polis menemui wang tunai RM200 dan beberapa barang samun termasuk beberapa krim pencuci muka serta sejumlah rokok daripada kedua lelaki itu," katanya. BERNAMA

Artikel Lain