suria

Nawawi tewaskan Abu Bakar di Langkawi

LANGKAWI: Timbalan Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menewaskan penyandang jawatan itu Datuk Paduka Abu Bakar Taib yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuah pada persidangan perwakilan bahagian itu yang tamat lewat malam tadi.

Keputusan itu yang diumumkan pada 11.55 malam menyaksikan Nawawi, 47, memperoleh 211 undi manakala Abu Bakar, 65, mendapat 144 undi.

Jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian itu dimenangi Mansor Bahari, 41, yang juga Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Langkawi selepas mengalahkan pencabarnya Abdul Manaf Husein dengan majoriti 29 undi.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid yang memperoleh 258 undi dipilih sebagai naib ketua apabila lawannya Ahmad Fauzi Chik hanya mendapat 95 undi. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain