suria

Mansuh ISA MCA bangkitkan di mesyuarat BN Tee Keat

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat berkata, cadangan pelbagai pihak agar Akta Keselamatan Negeri dimansuhkan akan dibawa oleh parti itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

"Sesungguhyna isu ISA merupakan salah satu ketetapan yang diluluskan dalam perhimpunan kali ini. Pucuk pimpinan parti tetap akan mengusulkannya mengikut saluran Barisan Nasional," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cara untuk mengembalikan kenyakinan rakyat terutamanya orang Cina terhadap MCA, beliau berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama dengan semua ahli jawatankuasa tertinggi parti.

"Kami akan duduk semeja untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan seorang perwakilan yang mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua diwujudkan dan diberikan kepada MCA, Tee Keat berkata, sesiapa sahaja perwakilan boleh memberi cadangan tapi terpulang kepada keputusan parti yang akan dibuat secara perbincangan secara kolektif.

"Setiap perwakilan boleh suarakan apa sahaja tetapi apa yang penting kita akan menyusulinya dengan cara tertentu dan ia tertakluk kepada keputusan jawatankuasa pusat,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain