suria

Pencalonan Najib cecah 45 Muhyiddin hampiri garisan kelayakan tanding timbalan

[DIKEMAS KINI, 7 petang] PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kekal sebagai calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno sehingga petang ini.

Sehingga 10 malam, beliau sudah mengumpul 45 pencalonan bagi jawatan itu daripada bahagianbahagian Umno.

Hari ini beliau pencalonan daripada 15 bahagian iaitu Bachok, Tebrau, Merbok, Padang Rengas, Kinabatangan, Raub, Pokok Sena, Alor Setar, Padang Terap, Gelang Patah, Langkawi, Padang Besar, Kemaman, Gombak dan Batu Sapi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjadi pilihan bahagian-bahagian Umno untuk calon Timbalan Presiden, dan hari ini beliau menerima 14 pencalonan.

Pencalonan bagi beliau diperoleh dari bahagian Bachok, Tebrau, Merbok, Padang Rengas, Kinabatangan, Raub, Merbok, Pokok Sena, Alor Star, Padang Terap, Gelang Patah, Langkawi, Padang Besar, Kemaman dan Batu Sapi.

Muhyiddin telah memperoleh 38 pencalonan dan memerlukan satu lagi untuk layak bertanding jawatan itu.

Umno mempunyai 191 bahagian dan 45 bahagian telah mengadakan persidangan sehingga petang ini.

Dua lagi calon jawatan Timbalan Presiden iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing memiliki empat dan tiga pencalonan.

Had kelayakan pertandingan bagi jawatan Presiden ialah sekurang-kurangnya 58 pencalonan manakala bagi jawatan Timbalan Presiden ialah 39 pencalonan.

NAIB PRESIDEN

Bagi jawatan Naib Presiden, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kekal mendahului 11 calon lain dengan mengumpul 40 pencalonan sehingga kini, tambahan lapan pencalonan.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon kedua tertinggi daripada segi jumlah pencalonan bagi jawatan Naib Presiden Umno iaitu 26, diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (21); Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (19) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar (8).

Turut mendapat satu pencalonan bagi jawatan naib presiden Umno setakat hari ini ialah bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, menjadikan jumlah pencalonannya meningkat kepada empat.

Calon-calon lain bagi jawatan naib presiden ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang memperoleh enam pencalonan, bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (empat), Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (dua), bekas Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (dua) dan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa (satu).

PERGERAKAN WANITA

Bagi pemilihan Wanita Umno, juga pada Mac depan, ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan naibnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerima sembilan lagi pencalonan sehingga pukul 7 malam ini untuk mempertahankan jawatan masing-masing.

Mereka menerima pencalonan daripada Wanita Umno Bahagian Jasin, Ledang, Bakri, Arau, Bera, Labis, Sekijang, Tapah dan Lenggong menjadikannya jumlah keseluruhan masingmasing kepada 67 pencalonan.

Walaupun Rafidah telah menyediakan pelan peralihan kuasa kepada Shahrizat bagi mengelakkan pertandingan jawatan ketua pergerakan itu, namun Shahrizat masih menerima pencalonan bagi jawatan ketua Wanita Umno.

Lapan bahagian Wanita Umno yang mencalonkan beliau untuk jawatan nombor satu dalam sayap Wanita itu hari ini ialah Putatan, Kulai, Sungai Siput, Setiu, Batu Gajah, Marang, Alor Gajah dan Masjid Tanah, menjadikan jumlah keseluruhan pencalonan yang diterima Shahrizat meningkat kepada 23.

Sementara itu, dalam persaingan bagi jawatan naib ketua Wanita Umno, ketua Wanita bahagian Kuala Kangsar Datuk Kamilia Ibrahim menambah tujuh lagi pencalonan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pencalonan beliau meningkat kepada 16.

Turut dicalonkan untuk jawatan naib ketua Wanita umno ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said yang kekal dengan empat pencalonan, dan ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Mohamed Sadique yang kekal dengan dua pencalonan.

Seorang lagi calon baru turut dinamakan hari ini bagi merebut jawatan naib ketua Wanita Umno iaitu anggota Exco pergerakan itu Dr Norraesah Mohamad, yang dicalonkan oleh bahagian Marang.

PERGERAKAN PEMUDA

Dalam perebutan bagi jawatan ketua Pemuda Umno, anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir semakin jauh mendahului saingannya Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda Umno apabila setakat ini memperoleh 55 pencalonan daripada 102 bahagian yang telah bermesyuarat sejak 9 Oktober.

Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno ialah 38 manakala bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno pula 29 pencalonan.

Mukhriz yang juga anggota Exco Pemuda memperoleh pencalonan daripada Pemuda Umno bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas.

Beliau juga menerima pencalonan daripada Pemuda Umno bahagian Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai, Setiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak, Kuala Selangor, Merbok, Alor Gajah, Bukit Katil, Kuala Kedah, Pendang, Padang Terap, Kepong, Paya Besar, Lenggong, Tanjung Piai, Ranau, Setiu dan Pasir Mas.

Khairy pula memperoleh 25 pencalonan iaitu daripada bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Baharu, Bayan Baru, Keningau, Sepang, Sekijang, Ledang, Rantau Panjang, Batu Gajah, Arau dan Bera.

Beliau memerlukan 13 pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. Beliau diikuti rapat oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dicalonkan merebut jawatan sama.

Khairy turut mendapat dua pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.

Mohd Khir mendapat 21 pencalonan keseluruhannya manakala Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin mendapat satu pencalonan daripada bahagian Padang Besar.

Mohd Khir mendapat sokongan daripada bahagian Tumpat, Kapar, Cheras, Taiping, Masjid Tanah, Mersing, Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Nibong Tebal, Kinabatangan, Sungai Siput, Kemaman, Wangsa Maju, Tapah, Gerik, Bukit Gantang, Labis, Dungun, Kelana Jaya dan Kuala Krau.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, anggota Parlimen Muar Razali Ibrahim kini memperoleh 49 pencalonan manakala pesaingnya Exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican menerima 40 pencalonan.

Calon lain yang turut tersenarai bagi jawatan Naib Ketua Pemuda ialah ketua Pemuda Umno bahagian Kota Kinabalu Bahrul Razha Chuprat (tiga pencalonan), ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Marzuki Yahaya, ketua Pemuda Umno Subang Megat Firdaus Megat Junid dan ketua Pemuda Umno bahagian Kapar Faizal Abdullah, masing-masing memperoleh satu pencalonan.

PUTERI UMNO

Dalam pemilihan Puteri Umno, ketua penerangan pergerakan itu Datuk Shahaniza Shamsuddin terus mendahului calon untuk jawatan ketua Puteri Umno dengan menerima lima lagi pencalonan hari ini, menjadikan jumlah pencalonannya bertambah kepada 41 berbanding 36 sebelum ini.

Shahaniza mendapat pencalonan daripada Puteri Umno bahagian Kuala Krau, Alor Gajah, Paya Besar, Indera Mahkota dan Jerai.

Pencabar sengit Shahaniza iaitu naib ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula menerima enam lagi pencalonan menjadikan pencalonan beliau meningkat kepada 36 berbanding 30 semalam.

Rosnah mendapat pencalonan daripada bahagian Beluran, Grik, Lenggong, Bukit Gantang, Batu Gajah dan Dungun.

Selain itu setiausaha pergerakan itu, Bibi Sharliza Mohd Khalid turut menerima tiga pencalonan hari ini daripada Puteri Umno Bahagian Jasin, Setiu dan Pendang, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya 16.

Bagaimanapun Exco Puteri Datin Ismalina Ismail dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq belum mendapat apaapa pencalonan hari ini.

Ismalina kini mendapat 18 pencalonan manakala Azlina lima.

Artikel Lain