suria

Pemilihan Ketua Puteri Marang diadakan semula Jumaat depan

MARANG: Pemilihan Ketua Puteri Umno Bahagian Marang semalam terpaksa diadakan semula pada 24 Oktpber ini apabila dua calon yang bertanding bagi merebut jawatan itu mencatatkan jumlah undi yang sama.

Kedua-dua calon iaitu penyandang Marina Endut, 34, dan Laila Mat Daud, 30, masing-masing memperoleh 104 undi.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Marang, Masri Husin berkata pemilihan semula tidak dapat dijalankan secara terus hari ini kerana hampir keseluruhan daripada 191 perwakilan yang hadir sudah pulang.

Dalam pada itu, kedua-dua calon berkenaan menunjukkan reaksi berbeza apabila keputusan itu diumumkan.

Marina kelihtan amat kecewa dan terpaksa ditenangkan oleh penyokongnya apabila memperoleh undi yang sama banyak dengan Laila yang hanya membuat keputusan untuk bertanding pada saat-saat akhir.

Laila pula kelihatan gembira kerana tidak menyangka keputusannya untuk bertanding mendapat sokongan apabila beliau memperolehi undi yang sama banyak dengan Marina. BERNAMA

Artikel Lain