suria

Azalina sedia tanding kerusi Naib Ketua Wanita

KOTA TINGGI: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan kesediaan bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno sekiranya mendapat pencalonan mencukupi kelak.

"Jika saya mendapat cukup pencalonan, saya akan bertanding. Tetapi sehingga sekarang saya masih belum memperoleh kuota yang cukup (untuk bertanding)," kata Menteri Pelancongan itu hari ini.

Setakat ini bekas Ketua Puteri Umno itu telah memperoleh lima pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Naib Wanita.

Beliau memerlukan 29 pencalonan untuk layak mencabar penyandang kerusi itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Terdahulu Azalina melancarkan Majlis Zoom! Aidilfitri Peringkat Johor @ Pengerang di sini.

"Sistem kuota tidak membawa manfaat kepada parti jika kita amalkan demokrasi. Pergerakan Puteri dapat bertanding secara terbuka kerana hanya diperlukan dua pencalonan," katanya.

Bagaimanapun kata Azalina, beliau perlu mematuhi sistem yang sedia ada.

Artikel Lain