[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Perak, Dr. Mah Hang Soon memenangi jawatan Timbalan Ketua Pemuda MCA dalam pemilihan hari ini.
Mah memperoleh 1,152 undi berbanding Ketua Pemuda MCA Kapar, Song Kee Chai yang mendapat 394 undi dalam pertandingan satu lawan satu itu.
Sementara itu, empat jawatan Naib Presiden Pemuda dimenangi oleh Yong Chen Leong, Yoo Wei How, Dr Chin Tung Leong dan Yit Lee Kok, dalam pertandingan enam penjuru.
Perwakilan ke perhimpunan Pemuda itu juga memilih 20 anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda daripada 24 calon.
Datuk Dr. Wee Ka Siong telah pun memenangi kerusi Ketua Pemuda tanpa cabaran pada hari penamaan calon Isnin lalu.
Jawatan itu kosong selepas Datuk Liow Tiong Lai terpaksa melepaskannya ekoran telah melebihi had umur 45. Liow akan bertanding jawatan Naib Presiden.
Senarai penuh jawatankuasa Pemuda MCA:
Ketua Pemuda:
Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Ketua Pemuda
Dr. Mah Hang Soon
Naib Ketua Pemuda
Naib Pengerusi (empat jawatan)
1. Yong Chen Leong
2. Yoo Wei How
3. Dr Chin Tung Leong
4. Yit Lee Kok
Jawatankuasa Pusat (20 jawatan)
1. Lee Chuen Ling
2. Tong Goh Teong
3. Wong Nai Chee
4. Ding Siew Chee
5. Yeong Kian Heng
6. Tang Nai Soon
7. Yap Tian Hoi
8. Chia Seia Yang
9. Chai Kok Lim
10. Khoo Boon Chuan
11. Gan Hong Su
12. Lim Eng Teck
13. Lim Boon Aik
14. Ling Hee Keat
15. Liaw Ban Kheng
16. Tew Boon Chin
17. Chong Aik Chang
18. Ng Siew Khoon
19. Koh Wan Leong
20. Chiew Yoke Theng
BERITA TERDAHULU
KUALA LUMPUR: Pemilihan bagi sayap Pemuda dan Wanita MCA berlangsung hari ini.
Pada hari penamaan calon Isnin lalu, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun diumum menang tanpa bertanding masing-masing bagi jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita parti itu.
Selain jawatan Ketua Wanita, jawatan timbalan ketua dan empat tempat bagi jawatan naib ketua sayap itu juga dimenangi tanpa bertanding.
Timbalan Ketua Wanita MCA yang baru ialah Datuk Yu Chok Tow sementara empat Naib Ketua ialah Lee Pit Chern, Tan Ah Heng, Shim Tshin Nyuk dan Lim Bee Kau.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda pula, dua calon akan bertanding, iaitu Mah Heng Soon dan Song Kee Chai.
Enam calon akan berentap merebut empat jawatan naib ketua sayap itu -- Yong Cheng Leong, Chin Tung Leong, Ko He Choon, Yoo Wei How, Yit Lee Kok dan Khoo Ngee Chai.