suria

Enam bersaudara failkan saman terhadap Kerajaan Selangor

SHAH ALAM: Enam bersaudara hari ini memfailkan saman pemula terhadap Pentadbir Tanah Daerah Klang dan Kerajaan Negeri Selangor bagi mendapatkan hak ganti rugi bernilai RM1.8 juta yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada November 2007.

Plaintif berkenaan R.Sandrakasan, R. Anchimi@Letchumi, R.Uthraphathy, R.Thiagarajah, R.Vizalatchi dan R.Sarojini memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam mereka Rabindran Devadeson.

Rabindran berkata plaintif mahu mahkamah menetapkan tarikh bagi defendan untuk membuat pembayaran itu, kadar faedah lapan peratus setahun daripada 16 April 1992 hingga 7 Nov 2007 dan berterusan sehingga tarikh penyelesaian dan kos.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Nov 2007 telah menganugerahkan plaintif gantirugi sebanyak RM1.8 juta yang perlu dibayar oleh Pentadbir Tanah Daerah Klang dan rayuan defendan untuk menangguhkan pelaksanaan penghakiman itu ditolak pada 12 Mei 2008.

Pada 7 Ogos, plaintif juga mendapatkan Perakuan Perintah Untuk Ganti Rugi Terhadap Terhadap Kerajaan bagi menuntut gantirugi itu daripada kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri adalah bertanggungjawab atas pentadbiran negeri dan oleh kerana Pentadbir Tanah dan Daerah Klang adalah ejen kerajaan negeri maka kerajaan Selangor adalah "bertanggungan secara vikairus" sebab fraud yang dilakuka oleh agensi kerajaan negeri.

Rabindran berkata plaintif mengemukakan samat itu berikutan surat yang dihantar kepada kerajaan negeri Selangor menuntut pembayaran ganti rugi itu telah tidak diendahkan.

Katanya surat terbaru yang dihantar kepada kerajaan negeri Selangor enam minggu lepas juga masih tiada jawapan.

Kes itu melibatkan penipuan 0.92 hektar tanah milik keluarga itu di Batu 5, Jalan Meru, Klang yang dibawa ke mahkamah sejak 1992, yang telah berpindah milik ke pihak ketiga tanpa pengetahuan para plaintif dan mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah Klang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zahidi tewaskan Azmi Khalid

Artikel Lain