suria

Polis tahan dua lelaki terlibat kes pecah kereta guna lastik

PULAU PINANG:Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan memecah masuk kedalam kenderaan yang ditempatkan di tempattempat letak kereta dengan cara melastik cermin tingkapnya menggunakan guli, di Seberang Perai Tengah (SPT), Ahad lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata keduadua lelaki yang masingmasing berumur 21 dan 23 tahun itu ditahan di tempat berasingan kirakira pukul 1 pagi.

"Lelaki berusia 23 tahun yang bekerja sebagai mekanik bersama rakannya yang tidak bekerja itu dipercayai melakukan kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lepas dan polis percaya penahanan mereka membantu dalam menyelesaikan kirakira 30 kes di sekitar SPT," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas empat komputer riba, 22 beg tangan, 11 jam tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang dan pager, yang keseluruhan dianggar bernilai RM50,000 daripada mereka, di samping menemui barang-barang seperti lastik, 10 biji guli, dua bilah pisau yang dipercayai digunakan mereka untuk kegiatan itu.

Menurutnya keduadua lelaki itu biasanya mengecam kenderaan yang akan menjadi sasaran dan mengekorinya sehingga ke tempat letak kereta sebelum melastik tingkap hingga pecah dan melarikan barangbarang dalam kenderaan itu.

"Siasatan awal mendapati mereka tiada rekod jenayah. Polis sedang menyiasat sekiranya keduadua lelaki itu bergerak melalui sindiket tertentu atau hanya melakukannya secara sendirian," katanya dan menambah, keduadua lelaki itu direman sehingga 19 Okt ini bagi membantu siasatan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ayub berkata Isnin lepas polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak serta lucah yang bergiat aktif di Butterworth.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia lingkungan 30an itu turut meminta wang perlindungan daripada penjualpenjual DVD dan VCD lain, kononnya untuk diberi kepada pihak berkuasa.

Menurutnya lelaki itu ditahan berikutan aduan orang ramai berhubung kegiatan beliau meminta wang perlindungan daripada pemilik premis jualan DVD dan VCD di kawasan itu, kononnya untuk mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.

Ayub berkata bagi tempoh dari 1 Jun sehingga 12 Okt lepas, polis menahan 224 orang dan merampas 183,547 keping DVD dan VCD cetak rompak dan lucah bernilai RM1.8 juta.

Menurutnya dalam tempoh itu juga 118 serbuan termasuk di hotel dan rumahrumah urut dijalankan, kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan tidak bermoral, dan enam premis dikenakan saman.

"Dalam serbuan itu, polis menahan wanita warga asing pelbagai bangsa yang disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral antaranya 307 rakyat China, Thailand (106), Indonesia (73) dan Vietnam (27)," katanya.

Katanya selain itu, polis turut menyerbu 376 premis yang disyaki menjalankan perjudian haram dan daripada serbuan itu 434 orang berjaya ditangkap dan pelbagai barangan seperti komputer dirampas. BERNAMA

Artikel Lain