suria

Khairy yakin peroleh cukup pencalonan rebut Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yakin akan mendapat cukup pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti itu Mac depan.

"Mungkin sebab saya boleh dikatakan sudah menjadi calon 'underdog' sekarang.

"Jadi saya kena yakinkan balik ahli parti di peringkat akar umbi dan perlu bekerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan sokongan daripada mereka," katanya yang enggan menjawab soalan mengenai peluangnya untuk menang dalam merebut jawatan itu.

Khairy, Ahli Parlimen Rembau, yang menang jawatan Naib Pemuda pada 2004 ditanya mengenai kelembaban pencalonan kepada beliau sejak bahagian-bahagian mengadakan persidangan sejak minggu lalu.

Beliau ditemui wartawan pada majlis Hari Raya Puteri Umno di sini semalam.

Setakat ini, Exco Pemuda, Datuk Mukriz Mahathir yang menerima 40 pencalonan telah layak untuk bertandinng jawatan itu.

Khairy hanya mendapat 19 pencalonan manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (12) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlism Datuk Zahidi Zainul Abidin (1) setelah 72 bahagian Pemuda mengadakan persidangan perwakilan.

Kuota bagi layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno ialah 39 pencalonan.

Artikel Lain